Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan yang bakal ditubuhkan perlu inklusif.
Menurut Anwar, Seri Paduka Baginda belum lagi membuat sebarang keputusan calon yang layak menjadi Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baharu.